NAMA JAWATAN : PEGAWAI KESELAMATAN SKOP KERJA :1. Membantu membuat rondaan dan kawalan ke atas tanah-tanah milik PNSB yang belum dibangunkan bagi mengelakkan pencerobohan.
2. Membantu membuat rondaan dan kawalan ke atas premis-premis bangunan dan bangunan komersial milik PNSB yang masih belum dijual bagi mencegah kecurian dan kerosakan harta benda.
3. Bertindak memaklumkan kepada Ketua Pegawai Keselamatan sekiranya berlaku sebarang kes-kes kecemasan seperti pencerobohan, kecurian, kebakaran atau bencana alam.
4. Menyediakan dan mengemukakan laporan harian keadaan tapak, laporan bergambar dan lain-lain laporan secara berkala.
KELAYAKAN :- Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang kawalan keselamatan
- Warganegara Malaysia dan berumur di dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun.
- Keutaman diberikan kepada Bekas Tentera / Polis / Ahli Pertahanan Awam Beruniform adalah diberi keutamaan.
- Sihat tubuh badan dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.
- Boleh berkerja mengikut syif.
- Mempunyai perwatakan yang baik dan berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Keupayaan bekerja dalam persekitaran yang mencabar dan mampu menangani tekanan kerja yang tinggi.
CADANGAN GAJI PERMULAAN | : RM2,000.00 – RM2,500.00 (Berpengalaman) |
STATUS JAWATAN | : Kontrak |
KEPERLUAN CALON (JANTINA) | : Lelaki |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN | : 20 April 2012 |
CARA PERMOHONAN | |
Permohonan hendaklah dibuat melalui surat dan disertakan dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :
|
PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD TINGKAT 25, WISMA MBSA PERSIARAN PERBANDARAN 40000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN (U.P. : BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN) NO TELEFON : 03-55107105 / 55107233 NO FAKS : 03-55107232 E-MEL : admin@pnsb.com.my khalid@pnsb.com.m |