PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang
daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak
seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.
1. Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
(5 KEKOSONGAN - KONTRAK)Gred Gaji : P1 RM836.90 – P1 RM2,017.11
P2 RM884.89 – P2 RM2,116.71
P3 RM934.72 – P3 RM2,218.15
Syarat Kelayakan :
(i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; ATAU
(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah
disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
(iii) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu;
(b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa
menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN
(e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN
(iv) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (i) di atas hendaklah lulus Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah
Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON
(i) Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat
berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau datang
mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM
5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos,
dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’.
(ii) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan
Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui
Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan
Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan
dilayan.
(iii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri
sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
(iv) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah
dikemukakan kepada :
Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3864/4131
(v) Tarikh tutup permohonan :
02 Mei 2012 (Rabu)