Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2012 untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut:
Bil. | Jawatan & Gelaran | Gred | Status Jawatan |
1. | Pegawai Teknologi Maklumat | F41 | Tetap/ Kontrak |
2. | Pegawai Tadbir | N41 | Tetap/ Kontrak |
3. | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat | F29 | Tetap/ Kontrak |
4. | Penolong Pegawai Tadbir | N27 | Tetap/ Kontrak |
5. | Pembantu Akauntan | W17 | Tetap/ Kontrak |
6. | Pembantu Tadbir (Kewangan) | W17 | Tetap/ Kontrak |
7. | Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) | N17 | Tetap/ Kontrak |
8. | Pembantu Am Pejabat | N1 | Tetap/ Kontrak |
- Iklan jawatan kosong - klik sini
- Borang Permohonan online - klik sini
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my sebelum atau pada 26 April 2012. Penghantaran salinan dokumen sokongan juga perlu dikemukakan sebelum atau pada 26 April 2012 di alamat :Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 11
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
50490 KUALA LUMPUR.
Makluman : Sila catatkan jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.