KEKOSONG JAWATAN DI MAJLIS DAERAH KUALA PILAH 2012
Permohonan adalah dipelawa dari kalangan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:
* Klik pada nama Jawatan untuk melihat spesifikasi jawatan tersebut.
CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati daripada urus setia Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dibuka dengan bayaran tunai RM1.00.
2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang-borang yang boleh dimuat turun (DOWNLOAD) dan isi dengan lengkap dengan disertakan sekali wang pos RM1.00 sekiranya permohonan dihantar melalui pos atau menyertakan wang semasa mengembalikan borang ke Pejabat MDKP, salinan kad pengenalan, sijil-sijil serta surat-surat akuan yang telah disahkan.
3. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama PU (A)176/ 2005.
4. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti pegawai kumpulan A(Pengurusan dan Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu,JP, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan setaraf beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada :
Yang DiPertua, Majlis Daerah Kuala Pilah, 72009 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. |
Tarikh Tutup Permohonan : 13 APRIL 2012
Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya:-
(i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan.
(ii) Tidak lengkap.
(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat dalam iklan.
(iv) Tidak menandatangani borang permohonan.
(i) Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(ii) Permohonan-permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(iii) Pentadbiran Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.