YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMSyarat-syarat untuk memohon biasiswa :-
(a)Pemohon dilahirkan di negeri Kelantan (Bukti Sijil Kelahiran).
(b)Bapa mestilah peranakan Kelantan .
(c)Calon pelajar termaktub dalam Enakmen Kerakyatan Negeri, 1952.
(d)Pelajar mesti memperolehi sekurang-kurangnya 2A dalam mana-mana matapelajaran sama ada di dalam peperiksaan UPSR atau PMR. Keputusan peperiksaan yang telah disahkan hendaklah dilampirkan.
(e)Pendapatan ibubapa / penjaga tidak melebihi RM2,500.00 sebulan.
(f)Faktor-faktor kemiskinan keluarga murid boleh diambilkira dalam pemilihan ini.
(g)Pemilihan ini hendaklah bebas dari pra-sangka fahaman aliran
pemikiran (politik) keluarga pelajar-pelajar.
(h)Calon-calon mestilah di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 [ SMK / SMU (A) dan Tingkatan 6 SMU (A) ] .
SMK - Ting. 1-5 =RM360.00 Setahun
SMU (A) Ting. 1-5 =RM360.00 Setahun
Ting.6 SMU =RM660.00 Setahun
Borang permohonan boleh di ambil di YB kawasan masing-masing dan hendaklah dihantar ke:-
Tingkat 5, Kompleks YAKIN,
Jalan Gajah Mati,
15000 Kota Bharu,
Kelantan,
Malaysia
Atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi:-
Tel : +609-748 3213
Fax : +609-744 9085