Jawatan Kosong Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) telah ditubuhkan pada 8 Mei 1995 selepas pembubaran Kementerian Undang-Undang Malaysia. Pada waktu itu, Bahagian ini terdiri daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), Biro Bantuan Guaman, Jabatan Pemegang Harta, dan Jabatan Pemegang Amanah dan Pentadbir Pusaka. Walau bagaimanapun, mulai 1 Ogos 1995, Jabatan Pemegang Amanah dan Pentadbir Pusaka telah diperbadankan dan dikenali sebagai Amanah Raya Berhad. Susulan itu, keseluruhan pentadbiran agensi berkenaan telah terkeluar dari BHEUU melainkan perkara-perkara berkaitan pewartaan para pegawai Amanah Raya bagi tujuan kehadiran di mahkamah.
BHEUU kini mempelawa individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
Kekosongan Jawatan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut :-
1. Pekerja Singkat Harian (PSH) – Pembangunan Sistem Aplikasi (3 kekosongan) - Setara Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)
Pengetahuan yang diperlukan :
1.
Microsoft .Net ( VB.Net or ASP.Net) dan pembangunan aplikasi web
2. Pembangunan aplikasi menggunakan pangkalan data Microsoft
SQL Server3. Pengetahuan dalam Unified
Modelling Language (ERD, Usecase, Activity Diagram/PFD dll.)
4. MySQL Development (diberi kelebihan)
5. Pengalaman dalam pembangunan
web service (diberi kelebihan)
Calon berminat boleh hantarkan resume kepada
zulfikri.omar@bheuu.gov.myPegawai Untuk Dihubungi:
1. Pn. Azeleen Mohd Razali (HP: 013-398 6229)
2. En. Mohammad Zulfikri Bin Omar (HP: 019-664 9040)
Closing Date:
17 April 2012Location: Putrajaya
Sector: Government/Kerajaan