*3 Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga
Perasaan gemuruh adalah sesuatu perkara lumrah ketika menghadiri temuduga. Berikut adalah 4 tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika menunggu giliran dan berhadapan dengan penemuduga:
Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.
Tips 2: Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses PerbualanCalon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!
Tips 3: Berfikiran optimistikBefikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja..
Demikian sahaja tips temuduga pada hari ini untuk perasaan gemuruh semasa temuduga
*Elak dari bercakap terlalu banyak semasa sesi soal-jawab
Kadangkala semasa sesi temuduga, calon-calon akan lebih mudah teruja dengan soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga kepada calon. Ini boleh dilihat dari kecenderungan calon-calon untuk lebih vokal, dan bercakap tanpa henti.
Perkara ini harus dielakkan oleh calon temuduga kerana :
- Walaupun ia dapat mengurangkan rasa gemuruh, tetapi ia menunjukkan bahawa calon kurang matang
- Boleh menyebabkan penemuduga mudah berasa bosan
- Terdapat kebarangkalian calon mungkin tersalah tafsir soalan penemuduga dan sekiranya calon meneruskan percakapan tanpa henti, ia mungkin menyebabkan penemuduga bertanggapan negatif kepada calon.
- Ia memberikan imej gopoh kepada calon
- Jawapan yang diberikan mudah tersasar dari kehendak penemuduga
Perlu diberi perhatian bahawa penemuduga lebih senang dengan calon yang memberikan jawapan yang ringkas dan padat kerana kebanyakkan penemuduga mengejar masa untuk menemuduga calon seterusnya.
Sekiranya ingin memberikan impresi yang baik, maka bercakaplah dengan nada yang tegas dan bersemangat. Elakkan bercakap ataupun membebel terlalu banyak kerana ini adalah salah satu perkara yang menjelikkan penemuduga.
*Perkara yang menjelikkan penemuduga
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
- Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
- Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.
*Eye-Contact Semasa Temuduga
Eye Contact memainkan peranan penting ketika temuduga.
- Eye Contact yang kurang akan memberikan impresi bahawa calon tersebut tidak yakin ataupun kurang bersedia.
- Mata yang sering kali berkedip-kedip menunjukkan calon gemuruh ataupun kurang jujur ketika menjawab soalan penemuduga.
- Elakkan mata dari liar memandang persekitaran bilik, seperti siling, meja, perabot dan sebagainya. Tumpukan perhatian dan pandangan kepada para penemuduga.
"Eye-contact" merupakan suatu bentuk 'body-language' yang dapat memberikan gambaran awal kepada penemuduga tentang tahap kebersediaan calon terhadap jawatan dipohon
*Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #2
- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu
*Objektif Penemuduga
Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.
Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga
Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :
- Kebolehan berkomunikasi yang baik
- Mempunyai kelayakan yang relevan
- Bersemangat
- Berinisiatif
- Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
- Berwatakan Menarik
Diharap dengan maklumat tersebut akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya semasa ditemuduga.
Credit for: temuduga.blogspot.com