Permohonan adalah dipelawa daripada
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di
Universiti Utara MalaysiaJawatan : PEMBANTU PEPERIKSAAN (SAMBILAN)
SYARAT KELAYAKAN a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
GAJI
RM54.00 sehari TARAF JAWATAN
: Sambilan TEMPOH LANTIKAN
Mulai 18 Disember 2011 dan berakhir 26 Januari 2012 CARA MEMOHON (i) Borang permohonan adalah seperti yang
dilampirkan dan boleh dicetak sendiri. (
Muat Turun Borang)
(ii) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, sijil SPM dan sijil berhenti sekolah yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :
Pendaftar Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p. : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3864/4131
(iii)
Tarikh tutup iklan : 02 November 2011 (Rabu)INFO LANJUT
Klik Sini special thanks for index.my