TUJUAN GARIS PANDUANIa bertujuan untuk memberi pemahaman mengenai perlakuan gangguan seksual dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat sebelum tindakan tatatertib seperti yang diperuntukkan dalam Kod Amalan Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja iaitu :-
a) mewujudkan pemahaman dan kesedaran kepada syarikat dan pekerja terhadap pelakuan gangguan seksual di tempat kerja
b) satu kenyataan dasar yang melarang gangguan seksual di dalam organisasi
c) menjadi panduan untuk menentukan kategori dan perlakuan seksual di tempat kerja
d) memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh Pekerja yang mengalami gangguan seksual
e) memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual di tempat kerja selaras dengan keperluan sedia ada dalam Kod Amalan dan
f) memberi panduan kepada syarikat dan Pegawai Pengendali Kes cara terbaik menangani perlakuan gangguan seksual di tempat kerja melalui program pencegahan gangguan seksual.
MEKANISME DALAMAN
Perlu mengandungi 6 perkara penting seperti berikut :
i. Kenyataan dasar
ii. Definisi Gangguan Seksual yang jelas
iii. Prosedur membuat aduan
iv. Peraturan disiplin dan hukuman
v. Langkah-langkah perlindungan
vi. Program Promosi dan Pendidikan
CONTOH MEKANISME DALAMAN SYARIKAT
NAMA SYARIKAT
TARIKH :
POLISI
MEKANISME DALAMAN BAGI MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL DI
TEMPAT KERJA
Keharmonian di tempat kerja adalah merupakan antara elemen terpenting bagi kemajuan organisasi.Syarikat ingin mewujudkan suasana pekerjaan yang harmonis, positif dan konduksif serta bebas daripada gangguan seksual. Maka :-
1. Semua pekerja dan mana-mana pihak yang berurusan dengan syarikat adalah bebas dari gangguan seksual tanpa mengira kedudukan, jawatan, keturunan, jantina dan agama.
2. Pihak pengurusan memberi perhatian yang serius di mana tindakan displin
yang amat tegas akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang didapati bersalah dan terlibat dalam gangguan seksual.
3. Dasar yang diwujudkan akan dirangkumi semua pekerja, termasuk pengurusan dan mana-mana pihak lain yang berurusan dengan syarikat samaada di tempat kerja atau di luar tempat kerja yang berkaitan dengan
urusan pekerjaan.
4. Pihak syarikat akan membuat siasatan secepat mungkin setiap aduan yang diterima dan tindakan sewajar akan diambil.
Kerjasama dan hubungan baik di antara pekerja dan pihak pengurusan diharapkan dapat mengelakkan kejadian gangguan seksual di tempat kerja dan kita sama-sama dapat bekerja dalam keadaan yang harmoni.
|
Gambar Hiasan |
BENTUK-BENTUK GANGGUAN SEKSUAL
Gangguan seksual merangkumi pelbagai tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:-
i.
Gangguan secara lisan :-
Contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalansoalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.
ii.
Gangguan secara isyarat / bukan lisan :-
Contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.
iii.
Gangguan visual :-
Contohnya : menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.
iv.
Gangguan psikologi :-
Contohnya : mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.
v.
Gangguan fizikal :-
Contohnya : sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.
PROSEDUR MEMBUAT ADUAN1.
Prosedur Tidak Formal:-
Penyelesaian secara sendiri dengan yang tertuduh dan jika penyelesaian diterima, aduan dianggap selesai. Contohnya seperti memohon maaf, berjanji tidak akan mengulanginya atau membayar pampasan mengikut persetujuan antara mangsa dengan tertuduh.
2.
Prosedur Formal :-
- Aduan rasmi diterima dari mangsa / pengadu
- Penyiasatan awal dilakukan dan mangsa diberi pilihan untuk membuat laporan polis.
- Jika tidak berasas, kes digugurkan.
- Jika berasas, Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan.
- Jika penjelasan Surat Tunjuk Sebab diterima oleh mangsa, kes ditutup dengan rekod.
- Jika Surat Tunjuk Sebab tidak diterima, kes diteruskan dengan surat pertuduhan.
|
Carta aliran prosedur aduan gangguan seksual di tempat kerja |
CONTOH BORANG ADUAN
|
Contoh: borang aduan kes gangguan seksual di tempat kerja |