IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI DI MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM)
Jawatan | Gred | Kumpulan Perkhidmatan | Klasifikasi Perkhidmatan | Taraf Jawatan | Gaji Harian (Berdasarkan kelayakan akademik) | Kekosongan / Penempatan |
Pembantu Akauntan
| W17 | Pelaksana | Kewangan | Sambilan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) RM54.00 | 1 Kekosongan di MKM Petaling Jaya
|
SYARAT-SYARAT LANTIKAN:
Jawatan : Pembantu Akauntan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
DAN Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara Memohon
a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan melayari Laman Web MKM. Di penjuru sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon; atau
b) Calon-calon juga boleh membuat permohonan secara`online’ melalui portal Job Malaysia Kementerian Sumber Manusia dengan melayari laman web
www.jobsmalaysia@mohr.gov.myc) Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Disember 2012. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada :
KETUA PENGARAH
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
PETI SURAT 60, 103 JALAN TEMPLER
46700 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u/p : Unit Sumber Manusia)
PERHATIAN
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.