Jawatan Kosong di Kraf Holdings. Kraf Holdings Sdn Bhd adalah anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, menjalankan pengeluaran batik eksklusif, pembekalan bahan mentah kain putih dan aksesori untuk keperluan industri kraf.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan untuk mengisi kekosongan jawatan di anak syarikat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kraf Holdings Sdn Bhd yang bertempat di No.1, KM 20, Jalan Ipoh-Rawang, Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan:-
- PENGURUS SYARIKAT KRAF HOLDINGS SDN. BHD
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN- Mempunya Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam salah satu bidang berikut:
(a) Pengajian Perniagaan
(b) Pemasaran
(c) Ekonomi
(d) Pengurusan; dan - Berpengalaman lebih 2 tahun menguruskan perniagaan berasaskan pengeluaran produk (keutamaan kepada produk tekstil atau batik)
- Boleh berdikari, berdedikasi dan berkepimpinan
CARA MEMOHONSila hantarkan resume / biodata diri beserta gambar berukuran passport (tidak dipulangkan), serta gaji yang dipohon kepada:
Pengurus Besar
Kraf Holdings Sdn Bhd
d/a Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jln Conlay
50450 KUALA LUMPUR
( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan di talian 03-2162 7459 Samb. 109 (Puan Ida Ruzila Ramli) dan Samb. 170 (Puan Harnaine Pusiran)
Tarikh Tutup Permohonan :
28 OGOS 2012(SELASA)MAKLUMAN : HANYA CALON YANG TERSENARAI PENDEK SAHAJA YANG AKAN DIMAKLUMKAN UNTUK DITEMUDUGA