Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi
Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa caloncalon
yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan
jawatan seperti berikut:
(1) JAWATAN :
JURUTEKNIK KOMPUTERGRED : FT17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT
KUMPULAN : SOKONGAN
STATUS : TETAP/KONTRAK
JADUAL GAJI MATRIK : P1 RM952.66 – RM2722.67
SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) dalam bidang elektrik atau
elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
(d) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(e) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan
Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan atas lantikan tetap dikehendaki
mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Saluran Tertentu di
jabatannya dan menyertakan Laporan Penilaian Prestasi terkini.
(b) Borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil akademik
hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut:
Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.(c) Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS:
Sila klik disini untuk download borang permohonan(d) Tarikh tutup permohonan pada
25 Julai 2012.(e) Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak
MIROS selepas
tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan
tersebut dianggap
TIDAK BERJAYA.